Tuesday, August 12, 2008
tidakku sangka ada kesedihan disebalik kegembiraanku ini. aku sungguh terluka apabila engkau meluahkan isi hatimu kepadaku. entah mengapa aku berasa begini. aku sedar, aku bukanlah sesiapa padamu. tetapi,mengapa harus cemburu melanda di hatiku?
wahai insan yang aku maksudkan, bukan keinginanku untuk memutuskan persahabat antara kita. maafkanku. aku terpaksa. aku tidak ingin dilukai lagi. cukup untuk kali kedua aku terluka kerana mu. tidak sanggup lagi aku untuk berhubungan denganmu lagi.
janganlah lagi engkau mencariku. usahlah lagi engkau mengingatiku lagi. berbahagialah engkau dengan sesiapa yang kau inginkan. aku bukan lagi sahabatmu.
maafkanku. cintamu pernah aku tidak mengendahkan. tetapi, aku tidak sangka bahawa engkau akan memperlakukanku sebegini. antara ramai wanita, mengapa harus sahabat wanita ku? mengapa bukan wanita lain yang aku tidak kenali? mengapa engkau berbuat begini kepadaku?
aku sangkakan cinta yang lahir dari hatiku untukmu telah luput dari hatiku. tapi, sebenarnya, ia masih bersisa. oleh itu, cemburu melanda di hati sayu ini apabila engkau menyatakan padaku bahawa engkau mencintai sahabatku. begitu pedihnya hati ini terguris dengan sekelip mata. airmata kristal bergugugran dari kelopak mataku secara tiba-tiba. aku sungguh terluka.
maafkanku jika selama ini aku ada melukai hatimu. bukan niatku untuk memperlakukanmu sebegitu. jika engkau memang menganggap bahawa aku memperlakukanmu secara sengaja, kau salah! aku tidak pernah mempunyai niat untuk melukakan hatimu.
demi kebaikanku, dan juga kebaikanmu, aku tidak ingin lagi berhubungan dengan mu.
sabtu lalu, akan menjadi hari yang terakhir kita akan bersua. ahad lalu, akan menjadi hari yang terakhir kita akan menghubungi antara sesama. maafkanku. aku ingin melupakanmu!
aku juga tidak ingin berlaku curang terhadap kekasihku. aku amat mencintainya. oleh itu, engkau harus pergi dari lembaran hidupku! aku mencintai kekasihku. aku bahagia bersamanya. aku tidak ingin dia bersalah anggapan.
maafkanku,****
selamat tinggal,****
ini kali pertama aku memutuskan segala hubungan bersama seorang jejaka yang pernah aku cintai. tiada lagi hubungan sebagai sahabat mahupun sebagai seorang abang.
akan aku tinggalkan segala kenangan mengenaimu.
~syai
Blogged
@ 5:02 PM
Don't let me go -